Pada 24 September 2010 saya solat jumaat di Masjid Mujahadah Taman Desaru Bangi Seksyen 7. Terdapat satu maklumat yang menarik minat saya yang telah disampaikan oleh Khatib kepada para jemaah. Perkara yang dimaksudkan adalah konsep 5M untuk menilai Key Performance Indicator (KPI) taqwa kita. Konsep 5M tersebut adalah seperti berikut:

1. Mu’ahadah.

Konsep Mu’ahadah merujuk kepada setakat mana kita mengetahui dan menyedari siapa pencipta kita dan tujuan kita diciptakan oleh Pencipta Yang Maha Esa. Dari mana kita datang? Apakah perjanjian kita dengan Allah SWT ketika kita di alam rahim? Ke mana kita akan dikembalikan? Persoalan-persoalan perlu kita jawab, bak kat perpatah tepuk dada tanya iman. Semoga ramadhan yang telah kita lalui dahulu mampu memberikankan kita jawapan-jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

2. Muraqabah

Konsep ini merujuk kepada segala sesuatu yang kita lakukan adalah untuk meningkatkan nilai taqwa kita. Konsep ini sama seperti konsep insan iaitu apbila kita melakukan sesuatu perkara seolah-olah Allah SWT sedang  melihat kita. Ini boleh kita kiaskan seperti konsep sisi TV di mana setiap gerak-geri perlakuan kita diawasi dan diperhatikan. Maka sekiranya konsep ini tertanan dalam diri kita maka sudah pasti kita akan sentiasa melakukan perkara yang baik.

3. Muhasabah

Konsep ini merujuk kepada proses menilai diri kita atau proses audit di mana setiap perlakuan yang telah kita lakukan kita nilai semula secara terperinci demi melihat di mana kelemahan yang akan kita perbaiki dan kekuatan yang kita akan ditingkatkan.

4. Mu’aqobah

Konsep ini merujuk kepada hukuman yang kita kenakan kepada diri kita sekiranya kita lalai dalam melakukan kebaikan. Sebagai contoh, walaupun hukum solat berjemaah itu adalah fardu kifayah,  namun sekiranya kita meninggalkan solat berjamaah satu waktu maka sebagai hukuman kita perlu membaca 5 muka surat Al-Quran. Pelbagai lagi hukuman yg berbentuk positif blh kita kenakan kepada diri kita demi untuk memberi peringatan kepada diri sendiri.

5. Mujahadah

Konsep ini merujukkan kepada perbuatan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh dan tekun. Kita bersungguh-sungguh dalam melakukan perkara yang disuruh oleh Allah SWT dan bersungguh-sungguh dalam meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Dalam kontek sebagai seorang pekerja maka kita bersungguh-sungguh melaksanakan tugasan kita selgai mana ia selari dengan hukum Allah SWT.

Demikianlah 5 konsep yang saya fikirkan boleh digunakan pakai dalam menentukan KPI TAQWA kita. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk meningkatkan lagi nilai dan tahap TAQWA kita.

Tags: , , ,

2 Comments to “Konsep 5M menilai KPI Taqwa”

  1. printing says:

    Pretty nice post. I simply stumbled upon your blog and wished to mention that I have truly loved browsing your weblog posts. In any case I’ll be subscribing for your rss feed and I am hoping you write again soon!

  2. car says:

    Thanks a lot for sharing this with all people you really realize what you are talking approximately! Bookmarked. Kindly also consult with my web site =). We can have a hyperlink exchange contract between us

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>